Saturday, November 21, 2026
HomeBERITALaporan Pasaran Harta 2019 boleh diterbitkan secara percuma

Laporan Pasaran Harta 2019 boleh diterbitkan secara percuma

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyempurnakan pelancaran Laporan Pasaran Harta 2019, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH Malaysia) secara dalam talian berikutan arahan kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 4) yang telah dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kewangan, Laporan Pasaran Harta 2019 terbabit diterbitkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di bawah JPPH Malaysia pada setiap tahun.

Penerbitan Laporan Tahunan Pasaran Harta Tanah adalah yang terkini dan melaporkan aktiviti transaksi serta keadaan pasaran harta pada tahun 2019.

Laporan berkenaan juga memberi gambaran mengenai pasaran harta tanah mengikut negeri, daerah dan kawasan yang akan dapat membantu penggubal polisi dan penggiat industri harta tanah serta pembeli membuat keputusan berasaskan maklumat yang tepat daripada data-data yang disediakan.

Laporan Pasaran Harta 2019 buat pertama kalinya diterbitkan secara percuma dan boleh dimuat turun di laman web : www.jpph.gov.my atau www.napic.gov.my

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang baharu serta pengurusan tertinggi JPPH Malaysia, A’zmi Abdul Latif, turut hadir ke majlis berkenaan.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH Malaysia) petang tadi telah melancarkan Laporan Pasaran Harta…

Dikirim oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada Rabu, 29 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments