Sejumlah 4,519 Ops Sanitasi Awam termasuk 13 kawasan zon merah dibawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah dilaksanakan sejak 30 Mac lalu.
Kira-kira 8,311 premis kerajaan, perniagaan dan kawasan awam telah disanitasi sehingga hari ini.
Kelmarin, sebanyak 272 operasi sanitasi yang meliputi 44 zon merah dan kuning melibatkan 11 negeri termasuk 57 operasi di Johor dan 42 operasi di Perak.
Ops Sanitasi berkenaan merangkumi 46 bangunan kerajaan, 37 tempat awam, 59 pusat perniagaan dan 8 buah pasar raya.
SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 27 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply