Jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia setakat 27 April adalah 99 orang dengan penambahan satu kematian hari ini.
Kes kematian yang ke-99 melibatkan warganegara Malaysia merupakan lelaki berusia 78 tahun.
Pesakit dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 7 April dan mempunyai rekod penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok.
Merujuk laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pesakit disahkan meninggal dunia hari ini jam 4.31 pagi.
Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 4 Petang, 27 April 2020 adalah seorang.Ini menjadikan jumlah kes kematian…
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 27 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply