Sehingga 27 April, 40 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan iaitu bersamaan 5,820 jumlah keseluruhan kes dalam negara dengan jumlah aktif sebanyak 1,764 kes.
Manakala jumlah pesakit sembuh pula hampir mencapai 4,000 kes dengan penambahan 95 kes pulih dan discaj pada hari ini.
Selain itu, 37 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 17 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.
Kes kematian baharu adalah satu kes dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara adalah sebanyak 99 kes.
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 27 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply