Kerajaan memutuskan akan segera menyelesaikan aduan yang diterima mengenai pengagihan bekalan makanan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, kerajaan mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berserta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengambil tindakan bagi memastikan bekalan makanan di kawasan berkenaan diselesaikan pada hari ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebelum ini kerajaan telah membuat agihan bekalan keperluan asas seperti beras, telur, gula dan sebagainya.
Pada masa yang sama, kerajaan juga menubuhkan pusat operasi di seluruh lokasi PKPD bagi memudahkan penduduk di kawasan terlibat mengutarakan masalah yang dihadapi.
Justeru, beliau sekali lagi mengingatkan sekiranya ada di antara penduduk yang mempunyai masalah untuk membeli barangan keperluan harian lain boleh menghubungi pusat operasi di kawasan masing-masing.
KERAJAAN AKAN MEMASTIKAN ISU BEKALAN MAKANAN DI KAWASAN PKPD DISELESAIKAN HARI INIJangan panik, kekal tenang dan…
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 23 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply