Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPKP fasa ketiga tuntut komitmen lebih jitu rakyat

PKP fasa ketiga tuntut komitmen lebih jitu rakyat

Hari ini bermulanya fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menuntut komitmen lebih jitu setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Termasuk hari ini, sudah 29 hari sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan rakyat perlu terus kuat dan berdisiplin untuk melalui tempoh PKP fasa ketiga.

Lebih lebih lagi, bulan Ramadhan bakal menjelang minggu hadapan yang menuntut the new normal atau kebiasaan baharu apabila tidak dapat ke bazar Ramadhan, dan tidak dapat menunaikan solat terawih berjemaah di masjid.

Pastinya semua mahu ‘bebas’ dan kembali kepada norma kehidupan biasa secepat mungkin, tetapi jika masih ada yang berdegil dan tidak mematuhi arahan PKP, kita mungkin melalui beberapa lagi fasa PKP.

PKP TAHAP 3 BERMULA HARI INI HINGGA 28 APRIL 2020Teruskan duduk di rumah dan patuhi PKP bagi membendung penularan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 14 April 2020

Bagi memastikan tahap pematuhan rakyat terhadap PKP lebih tinggi, kerajaan memutuskan mulai hari ini sesiapa yang masih ingkar akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah dan tidak lagi dikompaun seperti fasa pertama dan kedua PKP.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan berdasarkan Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan kesalahan seterusnya penjara lima tahun.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments