Dua kes kematian baharu #COVID19 direkodkan dalam negara setakat jam 5 petang hari ini (08 April) .
Menurut rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mangsa pertama adalah seorang wanita berusia 58 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mangsa meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaa’far, Negeri Sembilan.
Manakala mangsa kedua pula adalah seorang warga emas lelaki berusia 69 tahun.
Mangsa yang juga pesakit kencing manis, direkodkan pernah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.
Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Al- Fatihah.
Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 08 April 2020 adalah seramai 2 orang.Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 65 orang.#StayAtHome#BreaktheChain#KitaMestiMenang
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 08 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply