Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKami kongsi tips keselamatan kebakaran di dapur

Kami kongsi tips keselamatan kebakaran di dapur

Api semasa kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.

Pastinya anda pernah dengar pepatah berkenaan bukan?

Dalam tempoh “stay at home”, para isteri mesti asyik memasak dan mencuba pelbagai resipi baru kan?

Ketika berada di dapur, banyak perkara yang perlu dittitik beratkan bagi menjaga keselamatan diri dan seisi rumah.

Macam mana kebakaran dapur boleh berlaku?? dan bagaimanakah tindakan yang harus diambil jika ia berlaku?? Jom saksikan…

Dikirim oleh Friends of Bomba Malaysia pada Rabu, 01 April 2020

Bagi yang sering memasak, kami kongsikan bagaimana kebakaran dapur boleh berlaku dan bagaimana tindakan yang harus diambil jika ianya berlaku.

– Penggunaan plug sambungan (extension) secara berlebihan

– Tinggalkan api atau dapur gas terbuka tanpa pengawasan

– Keluar rumah tanpa mematikan elektrik (water heater, rice cooker)

– Kebocoran pada hos dapur

Disini kami kongsikan beberapa cara bagi menangani api yang masih kecil atau boleh dikawal :

– Jangan simbah air (jika disebabkan minyak)

– Jangan panik dan padam kebakaran kecil menggunakan alat pemadam api

– Basahkan kain atau tuala untuk padam api menggunakan kaedah ‘melemaskan’

Namun jika dilihat api semakin merebak, segera selamatkan diri, ahli keluarga dan dokumen penting.

Jangan lupa untuk terus menghubungi pihak bomba di talian 999.

Hari ini masak apa pulak?–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments