Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal melancarkan sistem Online Appointment dibeberapa klinik kesihatan terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.
Ia akan dilaksanakan secara berperingkat bermula empat buah klinik kesihatan iaitu KK Presint 9, 11, 14 dan 18 di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Melalui sistem Online Appointment, pesakit boleh memilih slot waktu temujanji untuk datang ke klinik bagi mendapatkan perkhidmatan khususnya untuk kes-kes walk-in penyakit ringan sahaja.
Tujuan sistem ini ditubuhkan adalah untuk mengurangkan kesesakan dan mengelakkan orang ramai berkumpul di klinik-klinik kesihatan khususnya semasa pandemik jangkitan COVID-19.
Perkhidmatan ini merupakan kolaborasi KKM bersama empat syarikat iaitu Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan DoctorOnCall.
Sistem Online Appointment bakal dilaksanakan secara berfasa bermula dengan 4 buah klinik kesihatan iaitu KK Presint 9,…
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 02 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply