Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKKM terus terima bantuan,zahir penghargaan kepada penyumbang

KKM terus terima bantuan,zahir penghargaan kepada penyumbang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat sumbangan peralatan bantuan perubatan yang amat diperlukan oleh petugas-petugas bernilai RM5,712,250 daripada Nirvana Memorial Park Sdn Bhd

Menurut perkongsian di laman Facebook KKM, antara butiran sumbangan barangan yang diterima pihak mereka, ialah :

Topeng muka – 600,000 keping,
Perisai Muka Perlindungan atau Face Shields – 3,400 unit,
Gaun Pengasingan atau Isolation Gown – 8,700 unit
Alat Bantuan Pernafasan atau Ventilator – 20 unit

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Kong Hon Kong daripada Nirvana Memorial Park Sdn Bhd kerana telah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 31 Maret 2020

Kesemua barangan keperluan terbabit diserahkan kepada Ketua Setiausaha KKM, Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min.

Terdahulu pihak KKM telah menerima sumbangan keperluan daripada pihak Kerajaan China dan kesemua peralatan tersebut diserahkan terus kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk keperluan petugas barisan hadapan.

Kerajaan China hari ini telah memberikan sumbangan peralatan kepada Kerajaan Malaysia dalam usaha menangani jangkitan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 28 Maret 2020

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments