Menerusi hubungan akrab Malaysia dan China, kerajaan China sekali lagi menghulurkan bantuan kepada Malaysia.
Keprihatinan China terhadap Malaysia, hari ini Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi memaklumkan berita gembira menerima sumbangan daripada Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA).
“Alhamdulillah, more good news! Saya baru dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke China, Raja Nushirwan, menerusi hubungan akrab Malaysia 🇲🇾 – China 🇨🇳, dan hasil usaha Perwakilan Malaysia di sana, kita telah berjaya dapatkan 100,000 facemask daripada Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA) yang cukup prihatin terhadap Malaysia,” katanya.
Menurut beliau, sejumlah 100,000 ribu facemask yang diterbangkan oleh pihak AirAsia dijangka akan tiba di Malaysia pagi ini.
“InsyaAllah, 100,000 facemask ini akan sampai pagi ini.
“Semoga ia berupaya membantu usaha kita dalam menangani wabak #Covid19,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Raja Nushiwan dan Kedutaan Malaysia atas hasil usaha mereka di negara berkenaan serta pihak AirAsia yang secara sukarela menerbangkan peralatan perubatan terbabit ke Malaysia secara percuma.
“Terima kasih Raja Nushirwan dan Kedutaan Malaysia di China atas usaha ini!
“Dan terima kasih juga kepada AirAsia kerana saya difahamkan AirAsia sukarela menerbangkan peralatan ini ke Malaysia secara percuma,” tulisnya di laman Facebook beliau hari ini.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply