Beberapa hari lalu, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah berkongsi menerima kunjungan H.E Ambassador Bai Tian, Duta China ke Malaysia di pejabat beliau di Wisma Putra.
Beliau turut menyatakan Bai Tian menyatakan komitmen China untuk membantu Malaysia termasuk membekalkan peralatan perubatan seperti topeng muka, hand sanitizer serta lain-lain peralatan penting.

Hari ini sekali lagi beliau memuat naik entri di laman Facebooknya berkenaan bantuan yang telah diterima setakat ini.
“Baru 3 hari lepas saya bertemu H.E Ambassador Bai Tian, Duta China ke Malaysia di Wisma Putra untuk bincang mengenai bantuan yang mungkin Kerajaan China ???????? boleh hulurkan bagi membantu Malaysia tangani wabak #COVID19. Saya juga tulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, H.E Wang Yi untuk dapatkan bantuan facemask, hand sanitiser, #COVID19 test kit dan lain-lain.” tulis beliau.
Baru 3 hari lepas saya bertemu H.E Ambassador Bai Tian, Duta China ke Malaysia di Wisma Putra untuk bincang mengenai…
Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Rabu, 18 Maret 2020
Menurutnya, pagi ini Kedutaan China di Malaysia memaklumkan bantuan pertama peralatan perubatan sudah dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan China kerana bertindak pantas menghulurkan bantuan.
Tambah beliau, ketika dimaklumkan bantuan sedang disalurkan, beliau mula mengingati kembali kata-kata Bai Tian ketika mereka berdua berjumpa dan melakukan perbincangan tempoh hari “bukit sama didaki, lurah sama dituruni!”.
Terima Kasih Ambassador Bai Tian! Terima Kasih Wisma Putra!
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply