Sehingga hari ini, kira-kira 200,000 telah dijangkiti virus coronavirus.
Jumlah kematian seluruh dunia dilaporkan sejumlah 7,904.
Kadar kematian di China tertinggi iaitu lebih 3,242 mangsa.
Itali pula mencatatkan kematian yang meningkat, iaitu 2,503 dan 988 mangsa dilaporkan terkorban di Iran.
Kes kematian di Sepanyol dan Amerika Syarikat juga naik mendadak.
Sepanyol catat peningkatan sehingga 491 kematian berbanding 288 sebelumnya, manakala Amerika Syarikat pula dilaporkan 108 kematian setakat hari ini.
Di Malaysia, sejumlah 673 kes positif COVID-19 secara keseluruhan.
49 dari jumlah terbabit telah sembuh dan telah discaj.
Kelmarin negara digemparkan dengan dua kematian akibat wabak berkenaan.
Bagi membantu kerajaan dalam menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan, wajib bagi kita mengikut arahan dan polisi yang telah ditetapkan perintah demi membendung penularan wabak ini.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply