Kurang dua belas hari sebelum konsert sulung Khai Bahar berlangsung, pihak pengurusan terpaksa menunda konsert berkenaan rentetan penularan wabak COVID-19 yang kian meruncing.
Berita pembatalan konsert terbabit dikongsikan dilaman Instagram @Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia yang mana menurutnya konsert yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur akan ditunda ekoran penularan wabak Covid-19.
Seniwati Fauziah Dato’ Ahmad Daud yang juga Penerbit Eksekutif dan penganjur berkata konsert berkenaan perlu ditunda selepas mendapat nasihat daripada pihak Istana Budaya dan persetujuan semua pihak terbabit.
Tambah pelakon versatile yang lebih mesra disapa Kak Ogy menyatakan pihak IB telah mengeluarkan notis penangguhan konsert dan sebagai langkah keselamatan, semua pihak perlu akur.
Menurutnya, Perdana Menteri juga sudah mengumumkan penangguhan semua acara membabitkan orang ramai sehingga April depan.
Tambahnya, dia berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak panik dan gusar berkenaan penangguhan konsert itu kerana satu tarikh baharu akan dimaklumkan pada Isnin ini selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IB.
“Konsert ini tidak dibatalkan. Ia akan diteruskan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Kita tunda pun disebabkan perkara yang berlaku di luar jangkaan kita” ujarnya.
Sebarang maklumat lanjut mengenai konsert berkenaan akan dikemaskini dari masa ke semasa di platform media sosial milik Khai Bakar, Ogy dan juga kelab pengurusan Khai Bahar.– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
Leave a Reply