Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad membuat lawatan pertama ke pejabatnya di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya dan beliau turut mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet pertama.

Beliau turut diberi taklimat khusus mengenai KPT oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Dato’ Kamel Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Dato’ Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar.
Kehadiran beliau disambut oleh Ketua Setiausaha dan barisan pengurusan tertinggi bersama-sama warga keluarga besar KPT.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply