Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassin hari ini memulakan tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Ketibaannya jam 7.30 pagi tadi dimulakan dengan aktiviti ‘clock in’ di bahagian lobi BHEUU sebelum memasuki ruang pejabat.

Beliau yang juga ahli parlimen Kota Bharu diiringi Timbalan Menteri, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith disambut oleh Pengurusan Tertinggi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan MdI serta warga kerja.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply