Bagi mereka yang berada di bawah pengawasan di rumah, anda perlu mengamalkan langkah-langkah berikut untuk mencengah dari dijangkiti COVID-19.
1) Hadkan pelawat
2) Sentiasa pakai face mask
3) Cuci tangan dengan kerap
4) Senaraikan semua pelawat yang menziarahi anda
5) Buka semua tingkap untuk pengudaraan rumah yang baik
6) Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri
7) Sentiasa berada di rumah & pastikan anda boleh dihubungi setiap masa
8) Amalkan adab batuk yang betul. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin
9) Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan serta merta dengan sabun atau hand sanitizer
10) Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun pencuci sebelum digunakan semula
Manakala bagi mereka yang baru pulang dari luar negara terutama Korea Selatan, Jepun, Iran, Itali dan China dinasihatkan untuk tidak terus ke fasiliti kesihatan.
Sebaliknya menghubungi CPRC Kebangsaan atau berhubung dengan doktor di www.moh.gov.my (Ask Doctor).
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply