Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATun Dr Mahathir Mohamad masih Pengerusi BERSATU - Datuk Marzuki Yahya

Tun Dr Mahathir Mohamad masih Pengerusi BERSATU – Datuk Marzuki Yahya

Susulan kenyataan media Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengesahkan memangku jawatan sebagai Pengerusi parti namun Datuk Marzuki Yahya tampil dengan kenyataan berbeza.

Setiausaha Agung, Datuk Marzuki dalam  satu kenyataan media berkata segala tindak tanduk dan arahan parti adalah tertakluk kepada keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi BERSATU.

“Bahawa menurut perlembagaan Bersatu: Fasal 16.2. Tugas-tugas Pengerusi;

16.2.1 Menjadi Pengerusi dan Pemimpin Utama parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti; dan

16.2.2 Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Maka selari dengan prinsip the rule of law dan perlembagaan parti, satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak memimpin parti adalah Pengerusi Parti BERSATU iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, ujar beliau.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments