Pelakon kecik molek Sari Yanti kini dilihat lebih menumpukan perhatian terhadap rumahtangga dan juga ‘review’ produk di laman Instagramnya.

Baru-baru ini Sari Yanti telah memuat naik satu entri dimana memaparkan gambarnya bersama suami dan anak-anaknya.
“Cinta Hati ❤ – Barr tangkapkan gambar ????”, tulis Sari Yanti.
Namun apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah ‘babybump’ Sari Yanti! Amboii tangkas sahaja ya mata warganet ini.
Rata-rata para peminat menegur dan mula bertanya tentang babybump terbabit, tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga pelakon berkenaan.

Sehingga kini Sari Yanti memilih mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang maklum balas dakwaan para pengikutya.
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply