Wendy mengesahkan dirinya akan aktif kembali dalam industri hiburan selepas direhatkan sementara akibat terlibat dalam satu kemalangan.
Kenyataan itu dimaklumkan sendiri oleh dirinya di entri Instagram pada 21 Februari baru-baru ini.
Tulisnya, dia telah pulih dengan baik dan akan kembali mengikuti persembahan nyanyian bersama ahli kumpulan yang lain.
Anggota Red Velvet itu juga turut berterima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberi ucapan hari lahir serta mendoakan kesihatan dirinya.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply