Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPengarah syarikat didenda RM5,000 kerana gagal kemuka butiran liabiliti

Pengarah syarikat didenda RM5,000 kerana gagal kemuka butiran liabiliti

Mahkamah Sesyen Georgetown telah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap seorang pengarah kerana gagal mengemukakan butiran liabiliti dalam penyataan hal ehwal syarikat.

Tertuduh yang telah membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid itu juga akan dikenakan penjara satu bulan sekiranya gagal membayar berkenaan.

Danny Lim Tze Hsiang, pengarah syarikat Capitalwealth International Sdn Bhd disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 484(6) Akta Syarikat 2016 kerana tidak mengemukakan butiran liabiliti di dalam Jadual E Penyataan Tentang Hal Ehwal Syarikat bagi syarikat itu yang bertarikh 11 Julai 2017.

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia,(SSM) Najia Abdul Razak manakala tertuduh diwakili oleh Azzuan Shah Abd Razak.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceSSM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments