Allahyarham Abam Bocey yang dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 7 pagi tadi dipercayai akibat demam panas.

Arwah dikatakan meninggal dalam tidur selepas waktu subuh di kediamannya, Gombak.
Kini jenazah berada di hospital Selayang dan akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Batu 8, Gombak.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu Gombak selepas waktu asar.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply