Dalam era kini pelbagai cara dan taktik akan digunakan oleh scammer untuk memperdayakan mangsanya
Terbaru, pengarah popular yang sering tampil lantang menyuarakan pendapatnya, Michael Ang telah memuatnaik satu entri di laman Instagramnya.
Michael atau lebih mesra disapa Mike memberitahu dia mendapat DM yang mengatakan bahawa ada individu yang tidak dikenali menggunakan nama serta gambarnya untuk memikat perempuan atau scam orang lain.
“Salam semua! Apo ni. I dpt kat DM I serious la Ada org guna nama n gambar I untuk scam or memikat PEREMPUAN! SERIOUSLY! Nampak sgt scammer ni BODOH! Byk2 org AKU yg Di pakai, pakai la org yg ELOK N HANDSOME daripada aku! Apa lambat lagi kau boleh dpt org guna identity aku” tulisnya.
Tambah Mike lagi, disamping rasa marah dengan individu berkenaan, namun dia turut terhibur dengan tindakan kurang bijak individu itu.
“Anyway luv u all n good night! By the way it is BEACH not BITCH! Hehehehehhe” tulis Mike mengakhiri entrinya.
Diruangan komen miliknya, rata rata para pengikutnya terhibur dengan entri yang dimuatnaik oleh Mike, tidak kurang juga yang mengusiknya mengatakan rupa Mike semakin ‘handsome’ sejak dia sudah kurus.

–THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply