Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADato’ Seri Vida kecewa tindakan Azwan Ali menghina Cik B “hitam legam”...

Dato’ Seri Vida kecewa tindakan Azwan Ali menghina Cik B “hitam legam” dan membakar barangan pemberiannya

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida meluahkan rasa kecewanya di laman IGTV miliknya terhadap personaliti kontroversi, Azwan Ali.

Menurut Vida, beliau tidak dapat menerima dan amat kecewa dengan tindakan Azwan Ali yang bertindak membakar minyak wangi dan juga tudung (shawl) pemberiannya.

Selain itu, Azwan Ali turut mengaitkan dengan anaknya yang telah meninggal dunia akibat insiden kebakaran dan juga isu keretakan rumah tangga usahawanita kelahiran dari negeri Kelantan itu.

Tambahnya lagi, Azwan turut menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya di dalam video yang memaparkan barangan pemberiannya dibakar.

Kelihatan juga anak lelaki Vida, Kacak yang meluahkan rasa sedih apabila Azwan Ali mengutuk kakaknya, Cik B dengan mengatakan “hitam legam” sedangkan apabila bersua Azwan bersikap ramah dan memuji mereka.

“Saya mengeluarkan sejumlah modal yang besar untuk mengeluarkan minyak wangi yang berkualiti tinggi untuk para penggunanya.

“Namun apabila Azwan Ali bertindak sedemikian, ianya seolah olah barangan tersebut tiada nilai.

“Perkara tersebut terjadi akibat salah faham kerana Azwan meminta bayaran di atas kehadirannya dan membuat kejutan di Cik B Vaganza Food Feast,” ujarnya.

Namun menurut Vida, beliau tidak mengetahui mengenai pembayaran penampilan berkenaan malah tidak tahu bagaimana ‘arrangement’ pihak pengurusan dengan menampilkan personaliti berkenaan kerana di festival yang dianjurkan sebelum ini, para artis dan sesiapa sahaja bebas untuk mempromosikan barangan jualan di pentas tanpa sebarang bayaran. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments