Grammy Awards kali ke-62 yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles baru sahaja melabuhkan tirainya.
Selain meraikan penyanyi dan pemuzik bertaraf dunia, penampilan para artis yang hadir memeriahkan majlis prestij itu turut menjadi perhatian ramai.
Memetik Daily Mail, Priyanka Chopra, Sophie Turner dan Danielle Jonas hadir memberi sokongan kepada suami mereka, Nick, Joe dan Kevin Jonas yang membuat persembahan di Grammy Awards pada Ahad lalu.
India TV bagaimanapun melaporkan, penampilan isteri kepada Nick Jonas telah menerima kritikan negatif dan menjadi bahan ejekan di laman sesawang.
Malah, pereka Wendell Rodricks turut menyindir penampilan Priyanka pada malam itu.
“Dia betul-betul berani dan cantik mengenakan busana couture rekaan Ralph & Russo ini, di mana garis lehernya begitu luas umpama dari LA ke Cuba. Suka sangat!” sindirnya.
Namun di sebalik kecaman ramai, beberapa rakan artis seperti Suchitra Krishnamoorthi dan Kaitlyn Bristowe tampil membela aktres berkenaan.
Suchitra menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa terkilan terhadap sindiran Rodrigues.
“Saya rasa tindakan Priyanka tidak menutup perutnya dengan beg bimbitnya (clutch) membuatkan gambar ini kelihatan begitu indah.
“Keyakinan dirinya menjadi aspirasi setiap wanita,” tulisnya.
Sementara itu, Kaitlyn membalas komen negatif di laman sosial People Magazine yang memuat naik gambar Priyanka.

“Wanita cantik yang hebat. Komen menjelikkan daripada wanita yang menyedihkan,” tulisnya.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply