Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATiga pelancong China disahkan positif 2019-nCoV di Malaysia kini dirawat di Hospital...

Tiga pelancong China disahkan positif 2019-nCoV di Malaysia kini dirawat di Hospital Sungai Buloh

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan tiga kes warga China yang disahkan positif 2019-nCoV adalah merupakan bapa dan anak. Mereka kini sedang di rawat di Hospital Sungai Buloh

Kesemua mereka tersebut adalah ahli keluarga terdekat kepada kes pertama di Singapura iaitu lelaki berusia 66 tahun dari Wuhan, China.

Susulan penularan jangkitan Coronavirus, KKM menyarankan kepada orang ramai yang ingin melawat negara China dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga seperti:

1. Mengamalkan tahap kebersihan diri yang maksima seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dengan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

2. Sentiasa memakai dan membawa penutup mulut dan hidung (Face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan jika perlu

3. Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai atau bergaul rapat dengan mana-mana individu bergejala

4. Elakkan dari melawat ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat penyembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan

5. Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak

6. Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami tanda seperti demam, batuk atau kesukaran bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments