Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPerokok elektronik berisiko mendapat sakit jantung dan masalah paru-paru

Perokok elektronik berisiko mendapat sakit jantung dan masalah paru-paru

Terbukti rokok elektronik atau Vape merbahaya terhadap kesihatan dan tidak selamat digunakan.

Ianya bukan sahaja berbahaya kepada pengguna, malah rokok elektronik turut memberi kesan negatif terhadap individu yang terdedah dengan asap berkenaan.

Fakta ini ditegaskan lagi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan mengeluarkan satu laporan bahawa pengunaan Vape boleh memberi impak yang buruk terhadap otak.

Menurut WHO, vape yang menggunakan kuasa elektronik itu berisiko terutamanya digunakan oleh golongan anak muda.

Susulan itu, WHO turut memberi peringatan bahawa penggunaan Vape dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan masalah paru-paru.

Malah penggunaan Vape dalam kalangan wanita hamil juga dapat memberikan risiko sehingga boleh merosakkan janin yang sedang membesar. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments