Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAWan Chik Daud terlantar, derita pelbagai penyakit

Wan Chik Daud terlantar, derita pelbagai penyakit

Wan Chik Daud, 80, yang pernah menjadi penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini mendapat perhatian dariĀ  Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) berhubung dengan penderitaan yang dialaminya.

Wan Chik kini tidak dapat menguruskan dirinya seperti dahulu kala akibat terlantar dan menghidapi pelbagai penyakit antaranya kanser payu dara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh. Malah beliau terpaksa memakai lampin pakai buang berikutan sukar untuk bergerak.

Zuraini Kassim selaku Timbalan Presiden SENIMAN berkata, pihaknya mendapat makluman mengenai tahap kesihatan Wan Chik menerusi Pengerusi Biro Kebajikan persatuan itu, Nor Azifah Zainon Abidin.

Tambahnya lagi, ketika SENIMAN mengunjungi Wan Chik, beliau masih boleh berkomunikasi dan mendengar dengan baik meskipun pertuturannya agak perlahan. Malah beliau masih mengingati rakan rakannya dengan baik.

Terdahulu, selepas dua tahun pemergian suaminya yang jugaĀ  seorang pelakon, Allahyarham M Rajoli, Wan Chik pernah diserang angin ahmar ringan. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments