Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menggunakan platform dalam talian sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seks untuk kanak-kanak.
Timbalan Menteri KPWKM, Hannah Yeoh berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghasilkan video pendidikan seks untuk kanak-kanak melalui platform dalam talian pada tahun ini.
Hannah Yeoh berkata kerajaan percaya dengan penggunaan platform itu, ia dapat mendidik golongan muda, selain mendedahkan mereka cara yang betul untuk mendapatkan bantuan seandainya menjadi mangsa dalam jenayah seksual kanak-kanak.
Pada 24 Jun tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan lima video pendidikan seks untuk kanak-kanak melalui platform YouTube sebagai usaha kerajaan mengurangkan jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia.
Video berdurasi satu minit bagi setiap siri itu merupakan usaha kementerian dengan kerjasama NGO, Malaysians Against Pornography, selain Google selaku pengendali YouTube.
Yeoh menambah sehingga Disember lepas, kelima-lima video berkenaan telah mencecah empat juta tontonan. -THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply