Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN) bakal bertembung sengit, satu lawan satu pada 18 Januari ini untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.
Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kimanis Jupery Etok, telah membuat pengumuman rasmi mengenai calon yang akan bertanding selepas tempoh penamaan.
Penamaan calon tersebut dilakukan di pusat penamaan Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort.
Dua calon yang bakal bertanding ialah Datuk Mohamad Alamin, 48 mewakili parti Barisan Nasional (BN) dan Datuk Karim Bujang, 66 mewakili WARISAN.
Menurut Jupery Etok, masing masing mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat pada jam 10 pagi ini.
Mohamad mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.07 pagi manakala Karim pada jam 9.10 pagi.
Tambahnya lagi, setelah menyemak borang pencalonan tersebut, dia tidak menolak sebarang calon kerana berpuas hati dengan borang yang dikemukakan.
Pengundian awal akan bermula pada 14 Januari ini.

Leave a Reply