Thursday, October 17, 2024
HomeBERITATaska IPK Perlis dibuka Jan 2020

Taska IPK Perlis dibuka Jan 2020

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menyediakan sebuah taska bagi kemudahan kakitangannya serta balai-balai polis berhampiran yang akan beroperasi bermula Januari 2020.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata taska tersebut akan menempatkan kanak-kanak berumur setahun hingga lima tahun dan ianya dapat menampung anak-anak kakitangan IPK Perlis dan balai polis berhampiran.

“Kemudahan itu juga boleh dinikmati oleh kesemua kakitangan polis di negeri ini yang pendapatan isi keluarga kurang daripada RM5,000,”katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan dan Majlis Perihatin KP bersama balu dan anak yatim PDRM Kontinjen Perlis.

Pada perhimpunan itu, Surina turut menyampaikan sumbangan kepada 12 orang balu kakitangan polis di sini sebagai program pertama sejak beliau memulakan tugas di sini September lepas.

“Dengan adanya kemudahan ini, saya berharap mutu perkhidmatan dan produktiviti kakitangan akan meningkat,” katanya.

SourceBernama
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments