Wednesday, October 9, 2024
HomeBERITATahanan penjara lulus viva program sarjana

Tahanan penjara lulus viva program sarjana

Di Alor Setar, kehidupan di sebalik tirai besi tidak menghalang seorang tahanan berusia 34 tahun melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

Memetik laporan Harian Metro, berbekalkan keazaman yang tinggi, tahanan Penjara Alor Setar itu berjaya mempertahankan tesisnya dalam sesi viva yang dijalankan pada 18 September lalu.

Pelajar Sarjana Pengurusan di bawah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, dia mahu membuktikan tidak ada yang mustahil dicapai oleh tahanan sepertinya asalkan mempunyai iltizam untuk berjaya.

“Penjara banyak mengajar erti kehidupan dengan memberi peluang kepada saya menimba pelbagai ilmu dan bangkit maju ke hadapan.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana memberi peluang saya kembali belajar, begitu juga UUM, khususnya penyelia saya, Prof Madya Dr Zulkiflee Daud dan Dr Mazli Mutazam yang sentiasa memberi sokongan saya terus belajar walaupun berada dalam penjara,” katanya.

Sesi viva dipengerusikan oleh Prof Dr Hasnizam Shaari, manakala pemeriksa tesis terdiri daripada Prof Madya Dr Hamran Mohamad dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Prof Madya Dr Abdul Sukor Shamsudin (UUM).

Jabatan Penjara Malaysia membuka peluang kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti pengajian lebih tinggi supaya penghuni dapat mencorak masa depan lebih cerah apabila dibebaskan kelak.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments