Wednesday, October 16, 2024
HomeBERITASime Darby Plantation jual ladang di Liberia

Sime Darby Plantation jual ladang di Liberia

Sime Darby Plantation Investment (Liberia) Private Limited (SDP Liberia) selaku anak syarikat sepenuhnya ladang berkenaan telah dilupuskan keseluruhan kepentingan dari Sime Darby Plantation Sdn.Bhd (SDP).

Pelupusan kepentingan kepada Mano Palm Oil Industries Limited (MPOI) dengan pertimbangan tunai AS$1 ditambah dengan bayaran keluar yang akan ditentukan oleh purata harga minyak sawit mentah (CPO).

Pengeluaran CPO masa depan SDP Liberia sudah pun dimuktamadkan oleh SDP, ujarnya dalam satu kenyataan Bursa Malaysia

Tambahnya lagi, bermula April 2023 berdasarkan Perjanjian Jual Beli yang dimeterai oleh SDP Investment (Liberia) dan MPOI pada 12 Disember lalu, pertimbangan bayaran keluar akan dijelaskan setiap suku tahun bagi tempoh lapan tahun.

Pelupusan ini dijangkakan tidak mempunyai kesan material kepada pendapatan, konsolidasi aset bersih dan konsolidasi pengeluaran SDP bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Aktiviti pelupusan tersebut tidak mempunyai apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung malah tiada kaitan dengan seorang pun pengarah atau pemegang saham utama SDP mahuoun individu yang lain.

Menurut SDP, susulan langkah pelupusan itu, SDP Liberia secara tidak langsung bukan lagi anak syarikatnya.

Walau bagaimanapun, SDP akan terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada pelanggan (B2C) multinasional di Afrika.

SDP Liberia adalah syarikat yang diperbadankan di Liberia pada 2009.

Pada dasarnya, syarikat itu terbabit dalam aktiviti penanaman kelapa sawit membabitkan keseluruhan 10,300 hektar tanaman setakat ini.

Pembelian CPO serta mengeksportnya ke pelbagai destinasi di seluruh Afrika Barat membabitkan MPOI selaku anak syarikat Mano Manufacturing Company (MANCO).

Manco menjadi pengeluar sabun, peluntur dan bahan pencuci setelah ditubuhkan sejak 1968 dan Manco juga merupakan syarikat tempatan Liberia.

Kerajaan Liberia memeterai perjanjian konsesi dengan SDP selama 63 tahun bagi membangunkan tanah seluas 220,000 hektar untuk penanaman kelapa sawit dan getah.

Sehingga kini hanya 10,000 hektar yang ditanam berhubung dengan faktor seperti wabak ebola dan standard persekitaran yang lebih ketat meskipun konsesi tersebut menyumbanv satu per lima daripada jumlah keseluruhan simpanan tanah SDP. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments