Friday, July 26, 2024
HomeBERITASelami adat resam dan budaya masyarakat orang asal Pos Tenau

Selami adat resam dan budaya masyarakat orang asal Pos Tenau

Belum selesai menjelajah dalam negeri Perak Darul Ridzuan, perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu ke Pos Tenau yang terletak di Ulu Slim, Slim River, Perak.

Rombongan kami ditemani agensi yang cukup sinonim dengan kaum orang asal iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bersama para pegawai Majlis Daerah Tanjung Malim.

Dengan kemudahan jalan raya yang sudah dinaik taraf, perjalanan untuk sampai ke Pos Tenau mengambil masa kira-kira 45 minit dari pekan Slim River.

Sepanjang perjalanan, kelihatan beberapa kumpulan pemuda sedang melakukan aktiviti sukan lasak, water rafting dan berkhemah berhampiran sungai.

Pos Tenau merupakan penempatan orang asal yang terdiri dari kaum Semai yang majoritinya beragama kristian.

Penempatan ini terletak di kawasan lembah dengan ketinggian mencecah 730 meter.

Penduduk disini bergantung kepada kemudahan air gravity iaitu air dari atas bukit, tenaga solar pula untuk kemudahan elektrik bagi kegunaan seharian mereka.

Pos Tenau ialah nama gabungan empat buah kampung yang diketuai oleh seorang Tok Batin dengan populasi penduduknya lebih 500 orang.

Jangan kata, kaum orang asal terpinggir dari mendapat bantuan pihak berwajib ya.

Pihak JAKOA sentiasa memantau secara terperinci sekaligus mewakili kaum orang asal mendengar keluhan dan menyalurkan maklumat kepada pihak atasan.

Ini terbukti apabila, lebih 70 buah rumah PPRT dibina disini di bawah peruntukan JAKOA. Ianya merupakan salah satu usaha dan bentuk bantuan dari agensi terbabit.

Antara lain kemudahan yang disediakan JAKOA ialah, dewan serbaguna, bangunan kedai, penambahbaikan jalan raya,  jambatan dan projek ekonomi bagi menjana pendapatan orang asal disini.

Terbaharu, JAKOA juga sedang membangunkan projek ladang getah secara berkelompok dengan keluasan lebih 400 hektar yang akan dibahagikan kepada tiap keluarga disini.

Berdasarkan ciri geografi, kedudukan Pos Tenau berada tepat pada garis sempadan antara negeri Perak dan Pahang yang hanya dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa.

Dengan suasana bersih, kediaman yang tersusun cantik, air sungai yang jernih, dikelilingi pula dengan hutan hujan tropika, kriteria ini sudah cukup sempurna untuk menjadikan Pos Tenau sebagai destinasi pelancongan terkenal dalam daerah Tanjung Malim.

Dilaporkan, Pos Tenau akan dibangunkan sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dalam negeri Perak.

Proses penambahbaikan sedang dijalankan mengikut perancangan yang dipersetujui oleh pihak agensi dan kerajaan.

Ini jelas membuktikan kerajaan negeri Perak tidak mensia-siakan kejadian alam semulajadi yang ada dalam negeri ini malah akan dibangunkan sebagai usaha menjana pendapatan negeri sekaligus membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

Kehadiran kami disambut mesra dengan adat istiadat kaum Semai dengan memakaikan tempok dan selimpang kepada tetamu, lalu dijamukan dengan buah-buahan tempatan.

Sambil menikmati buah-buahan yang ditanam sendiri penduduk tempatan, mereka akan bertanya khabar dan berborak mesra bagi mengenali tetamu dengan lebih dekat.

Menurut Tok Batin, Yok Komlok, 52 tahun, acara sambut tetamu ini adalah adat istiadat penduduk disini sebagai tanda penghormatan kepada pengunjung yang datang melawat ke penempatan mereka.

Dah sampai disini, Tok Batin ajak tengok aktiviti memanjat petai pula.

Menjual hasil tanaman seperti petai, buah-buahan merupakan salah satu sumber pendapatan para penduduk disini.

Dah lihat secara dekat kehidupan seharian orang asal, barulah kami faham adat resam dan budaya orang asal.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments