Wednesday, October 9, 2024
HomeBERITAPolis terima 12 laporan babitkan kes buli anak Tam Spider, Khir Rahman

Polis terima 12 laporan babitkan kes buli anak Tam Spider, Khir Rahman

12 laporan polis diterima berhubung kes buli di sebuah sekolah berasrama, di ibu negara  yang turut membabitkan anak kepada penyanyi kumpulan Spider, Tam dan pelakon, Khir Rahman.

Ketua Polis Kuala Lumpur mengesahkan perkara itu berkata sebahagian laporan diterima oleh mangsa itu sendiri manakala sebahagian lagi adalah daripada para ibu bapa.

Siasatan awal mendapati kesemua mangsa terdiri daripada pelajar berusia antara 14 hingga 16 tahun.

Manakala pembuli terdiri daripada pelajar berusia 17 tahun.

Katanya, sebanyak tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Dua kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan ia dikembalikan semula untuk dikemas kini.

“Manakala satu lagi kertas siasatan belum lengkap dalam proses siasatan kerana pelajar terbabit sedang menjalani ujian percubaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

“Pihak sekolah minta tangguh proses siasatan dan kita pun tak nak mengganggu (peperiksaan) mereka,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras siang tadi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments