Thursday, October 10, 2024
HomeBERITAPolis akan panggil Bloomberg

Polis akan panggil Bloomberg

Polis Kuala Lumpur akan memanggil pihak media antarabangsa, Bloomberg, untuk membantu siasatan berhubung dakwaan campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, menyatakan bahawa laporan yang diterima SPRM berkaitan kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil, di media sosial.

Dua individu, termasuk Isham, telah memberikan keterangan, dan beberapa individu dari Bloomberg juga akan dipanggil dalam waktu terdekat.

“Kita sudah mengambil keterangan dua orang iaitu pihak pengadu (SPRM) dan Isham.

“Beberapa lagi individu akan dipanggil khususnya daripada pihak Bloomberg dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu dalam kenyataan Isham, beliau mencadangkan tindakan saman terhadap Bloomberg kerana menyiarkan laporan yang menyatakan Dato’ Seri Anwar meminta SPRM untuk tidak siasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kes beli saham bernilai jutaan ringgit–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments