Wednesday, October 9, 2024
HomeBERITAMedia Prima Bakal Pindah ke Jalan Riong?

Media Prima Bakal Pindah ke Jalan Riong?

Selepas hampir tiga dekad beroperasi di Seri Pentas, Bandar Utama, terdapat khabar bahawa konglomerat Media Prima akan berpindah sepenuhnya ke Jalan Riong, Bangsar dalam masa terdekat.

Setakat ini, Didik TV sudahpun bersiaran dari studio di Jalan Riong.

Menurut sumber dalaman Media Prima, kerja-kerja pemindahan barang dan peralatan telah dilaksanakan secara berperingkat sejak enam bulan yang lalu.

Namun, sumber juga menyatakan bahawa arahan daripada pengurusan tertinggi beberapa hari lalu untuk pemindahan itu ditunda buat sementara waktu.

Walau bagaimanapun, saluran televisyen seperti TV3, TV9, NTV7, dan 8TV masih beroperasi dari Seri Pentas buat masa ini.

Untuk rekod kontrak sewaan di Seri Pentas tamat pada akhir tahun ini.

Dalam pada itu, Penerbit Berita TV3, Azri Mukhlas, menerusi laman Facebook beliau, meluahkan rasa sedih terhadap keputusan perpindahan ini.

“Masuk pejabat tadi masa lalu pondok pengawal, tetiba teremosi tengok bangunan Seri Pentas ni. Tinggal beberapa hari lagi untuk meninggalkan bangunan ini selepas hampir tiga dekad di Bandar Utama. Dari satu-satunya bangunan di situ, kelilingnya hanya tanah lapang, sampailah pembangunan One Utama (old wing) dan kini penuh sesak,” tulisnya.

Untuk makluman, pada 1 Jun 1995, TV3 telah berpindah secara rasmi dari Jalan Liku, Bangsar ke Seri Pentas, Bandar Utama.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments