Wednesday, October 9, 2024
HomeBERITAMalaysia sokong usaha kerajaan perkenal MYPCVE

Malaysia sokong usaha kerajaan perkenal MYPCVE

PUTRAJAYA, 1 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkenalkan Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah berkata, usaha ini dianggap penting dalam memastikan kestabilan dan keamanan negara terus terpelihara.

Tambah beliau, walaupun peranan Maritim Malaysia hanya di perairan negara, namun agensi ini sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam mengawasi perairan negara daripada dicerobohi oleh elemen-elemen yang boleh menimbulkan ancaman keselamatan, termasuk aktiviti pelampau dan pengganas.

 Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media rasmi yang dikeluarkan Maritim Malaysia sempena majlis peluncuran pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan (MyPCVE).

MyPCVE ini sebagai satu langkah proaktif kerajaan dalam membendung sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan keganasan di dalam dan luar negara.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments