Jenazah Pitt Hanif ditemui jam 4.25 petang – KPD Lipis

0

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor telah mengesahkan penemuan jenazah pengarah drama dan filem, Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanif ditemui terapung kira-kira 500 meter dari lokasi yang dilaporkan hilang pada jam 4.25 petang hari ini.

“Jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat”.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditamatkan pada jam 5 petang ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini

Semalam dilaporkan, Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon tersohor, Seniwati Fauziah Nawi telah hilang ketika memancing apabila bot gentian kaca yang dinaikinya terbalik dan pecah.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan untuk mencari mangsa dalam radius tiga kilometer dari tempat kejadian di Sungai Jelai berdekatan dengan Jambatan Gemenchur, Mela.

Leave a Reply