Mantap! Khidmat internet 5G lebih pantas, lebih jimat

Pembangunan teknologi komunikasi 5G memang ditunggu ramai. Tambahan pula hampir kesemua jenama peranti di pasaran menunjukkan minat menyokong teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima ini.

Maka tidak hairanlah, apabila Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan lebih 12 jenama peranti yang telah menyokong teknologi ini antaranya, Apple, Samsung, Motorola, Asis, Xiaomi, Huawei, Oppo, Nokia, Honor dan beberapa jenama gajet pintar yang berada di pasaran.

Keterujaan ramai menanti liputan teknologi 5G ini bakal menyaksikan negara akan memiliki kemudahan kelajuan internet yang maksimum, keupayaan mengubah fungsi teknologi mudah alih  bagi memudahkan segala urusan komunikasi yang merupakan lanjutan daripada generasi 1G hingga 4G.

Menyokong kepada fakta yang dinyatakan, berdasarkan <span;>demonstrasi yang dilakukan TM di Langkawi, kelajuan 5G yang boleh dicapai mencecah 1.5GB sesaat.

Pelaksanaan jaringan telekomunikasi 5G diterajui kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan mengubah landskap kepenggunaan, industri dan bentuk ekonomi sesebuah negara.

Malaysia tidak terkecuali daripada pelaksanaan sistem telekomunikasi termoden berkenaan apabila kerajaan sedang giat membangunkan infrastruktur asas untuk menyokong sistem berkenaan.

Jaringan telekomunikasi 5G ini bukan saja menawarkan kelajuan yang tinggi untuk pengguna namun ia menjadi ‘enabler’ terutamanya membabitkan sistem automasi penuh dalam segmen perindustrian.

Keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti.

Berdasarkan demonstrasi yang dibuat TM di Langkawi, kadar kelajuan maksimum yang berjaya dicapai mencatatkan lebih 1.5GB sesaat untuk muat turun data.

Ini bermakna pengguna hanya memerlukan masa beberapa saat menyiapkan muat turun filem kegemaran pada kualiti ‘High Definition’ (HD).

Kalau sebelum ini, kadar lengahan (atau lebih dikenali sebagai latency) pada sekitar 20 milisaat, melalui teknologi 5G, kadar lengahan ini menjadi sangat minimum iaitu sekitar 1 milisaat.

Kadar lengahan ini membolehkan kawalan peranti pada jarak jauh menjadi lebih cekap dan jitu.

Menerusi pembentangan Bajet 2023, kerajaan menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) akan memperluas rangkaian 5G di seluruh negara merangkumi 70 peratus kawasan berpendudukan tinggi.

“Jaringan telekomunikasi ini bukan hanya menawarkan kepada keupayaan jaringan internet stabil, malah ia sangat memberi manfaat kepada ekonomi dan itu menjadi titik tolak kebanyakan negara memberi fokus pembangunan sistem telekomunikasi berkenaan.

“Contohnya, China mengutamakan pembangunan jaringan 5G dan kini lebih 2,000 bandar mereka sudah dilengkapi dengan jaringan berkenaan sekali gus menjadi pemain ekonomi utama di dunia pada hari ini,” katanya.

Mohd Khairie berkata, negara juga tidak terkecuali dalam pembangunan jaringan 5G ini apabila kerajaan sudahpun melaksanakan beberapa insiatif khusus bagi mempercepatkan penyediaan jaringan berkenaan.

Beliau berkata, dasar terbuka kerajaan dalam pembangunan infra dengan mengajak pemain utama syarikat telekomunikasi juga akan memberi kesan positif kepada pelaksanaan penuh 5G di negara ini.

“Berdasarkan kepada laporan DNB, jaringan 5G di negara ini sudah mencapai 30 peratus dan pada 2024, jaringan berkenaan dijangka akan lebih meluas dengan capaian 80 peratus di seluruh negara.

“Penyediaan teknologi baharu ini juga akan mendorong serta memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk datang serta melaksanakan perniagaan di negara ini dan menyumbang kepada pendapatan negara.

“Dasar kerajaan yang begitu terbuka untuk pembaharuan teknologi ini banyak membantu kepesatan infrastruktur jaringan 5G dan diharap pelaksanaannya dapat dipercepatkan sekali gus memacu ekonomi serta pertumbuhan negara,” ujar beliau.

– THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost