Geran one-off, lulus permohonan penjaja jika BN menang PRU-15

Kerajaan akan memberi geran ‘one-off’ sebanyak RM1,000 kepada sejuta perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) berdaftar, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan terbabit akan diberikan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Selain itu, beliau berkata, program SemarakNiaga 2023 juga akan ditambah baik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM45 bilion, berbanding RM40 bilion yang diumumkan bagi 2022, merangkumi pinjaman langsung, pembiayaan alternatif dan jaminan pembiayaan.

“Tadi, ada permohonan daripada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, yang diumumkan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan).

“Saya tidak tahu apa dimohon, mungkin selepas ini presiden persatuan akan berjumpa saya untuk menyerahkan permohonan.

“Tetapi percayalah, demi persatuan penjaja, insya-Allah, jika kerajaan ini kembali memerintah semula, segala permohonan daripada persatuan penjaja akan kita luluskan,” katanya.

Permohonan penjaja dan peniaga kecil untuk menambah baik perniagaan mereka akan diluluskan, jika kerajaan Barisan Nasional (BN) dipilih menerajui negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menyuarakan jaminan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelbagai program dilaksanakan kerajaan untuk membantu golongan itu bangkit pasca pandemik COVID-19, antaranya Program Usahawan Muda Kota (UMK) dan pengurangan sewaan premis serta pengecualian sewa tapak niaga.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, permohonan daripada persatuan penjaja dan peniaga kecil kebiasaannya akan diluluskan.

“Bagaimanapun, dari segi jumlah dan sebagainya, akan kita pertimbangkan dan itu hanya boleh dilaksanakan selepas PRU15.

“Sekarang, sebagai Perdana Menteri caretaker, kita tidak boleh meluluskan apa-apa,” katanya. – THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapos