Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAKulit tangan kering kerana kerap basuh tangan? Kami kongsi lima tips rawat...

Kulit tangan kering kerana kerap basuh tangan? Kami kongsi lima tips rawat kulit tangan kering

Sejajar dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan sepanjang krisis pandemik COVID-19.

Antara langkah yang perlu diamalkan adalah dengan kerap mencuci tangan dengan air atau sabun.

Namun, kekerapan membasuh tangan juga mungkin boleh menyebabkan kulit tangan menjadi kering dan menggelupas.

Oleh itu, kami kongsikan lima tips bagi mengatasi atau mengurangkan kecenderungan kulit tangan daripada menjadi kering.

1. Elakkan menggosok tangan dengan tuala selepas membasuh dan amalkan gaya menekap tuala untuk keringkan tangan

2. Gunakan krim tangan kerana ianya berasaskan minyak dan lebih baik berbanding losyen badan.

3. Pilih produk krim tangan tanpa bau, serum, tidak mengandungi retinol atau bahan anti penuaan.

4. Elakkan berkongsi krim tangan dengan individu lain agar kebersihan terjamin.

5. Sebelum tidur selain sapu krim tangan, penggunaan vaseline juga digalakkan.

Pada waktu ini, masyarakat disarankan untuk kerap mencuci tangan. Namun ada satu masalah yang biasa berlaku apabila…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Minggu, 10 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments