GPS, GRS, BN sokong PH, Anwar PM Ke-10

0

Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan sebahagian Ahli Parlimen dari Barisan Nasional telah menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 sekali gus membentuk kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi dinyatakan parti-parti berkenaan.

Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” demikian menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin melalui satu kenyataan, hari ini.

THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply