Gopal Sri Ram meninggal dunia di usia 80 tahun

0

Bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram meninggal dunia pukul pada 12.15 tengah hari ini di Hospital Gleneagles, Ampang di usia 80 tahun.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mustafa P. Kunyalam mengesahkan kematian Gopal Sri Ram.

Memetik laporan Bernama, bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke wad di unit rawatan rapi Hospital Gleneagles Hospital Kuala Lumpur dua minggu lalu.

Untuk rekod mendiang adalah pendakwa utama dalam perbicaraan rasuah 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak.

Mendiang juga adalah pendakwa utama dalam kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply